Mari kita belajar tentang kosa kata baharu dalam bahasa Sepanyol dan juga gender bagi kata-kata nama berikut. Projek E-Pictionary Project ini dilakukan oleh pelajar-pelajar BPK3012 Bahasa Sepanyol Komunikasi Tahap 1 di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kata nama dalam bahasa Sepanyol mempunyai gender sama ada maskulin dan feminin. Gender ini bukan sahaja diberi pada kata nama objek bernyawa sahaja seperti manusia dan binatang malah kata nama objek tidak bernyawa juga mempunyai gender. Gender ini dipanggil gender gramatikal. Dalam video ini pelajar meletakkan artikel el dan la sebelum kata nama untuk merujuk kepada gender. El menunjukkan kata nama maskulin dan la merujuk kepada kata nama feminin. Berikut adalah kosa kata berkaitan dengan binatang (los animales). Jom kita lihat sama-sama! Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan dalam ruangan komen di bawah.
Di bawah ini pula, kita belajar kosa kata berkaitan dengan jenis-jenis sukan dalam bahasa Sepanyol di samping lagu background Despacito. Sambil belajar kita enjoy!!!! Ini merupakan video yang dibuat oleh pelajar BPK3012 di UPSI
Video seterusnya ialah video dengan tema anggota tubuh badan dalam bahasa Sepanyol. Kita akan belajar kosa kata baharu berkaitan dengan tubuh badan manusia; Namun ada sedikit kesilapan ejaan bahu dalam bahasa Sepanyol iaitu el hombro bukan el hombre (lelaki) dalam video di bawah ini. Video ini juga dibuat oleh pelajar kursus bahasa Sepanyol di UPSI. Jom kita lihat...

Kosa kata yang seterusnya adalah berkaitan dengan nama-nama pekerjaan dalam bahasa Sepanyol. Jom kita lihat sama-sama. Namun ada sedikit kesilapan yang dilakukan oleh pelajar untuk pekerjaan reseacher atau penyelidik. El investigador lebih tepat dan sesuai digunakan.
0 comments:
Post a Comment