Gender gramatikal dalam bahasa Sepanyol(BS)
Dalam pembelajaran BS sebagai bahasa asing, gender gramatikal merupakan salah satu struktur bahasa yang mencabar pemahaman pelajar dalam menguasai bahasa ini. Menurut Scherag, et al.(2004) kesulitan ini bukan sahaja dalam kalangan pelajar bahasa kedua/asing tahap novis tetapi juga kepada pelajar tahap "Advance" yang mempelajari bahasa kedua. BS mempunyai sistem gender gramatikal yang dicerminkan melalui sistem morfologi dan sintaksis. Setiap perkataan dikelaskan dalam gender natural atau gender gramatikal melalui satu siri peraturan tatabahasa yang tertentu tanpa pengecualian. BS mempunyai sistem gender gramatikal yang membahagikan semua kata nama ke dalam kategori gender iaitu maskulin dan feminin. Gender kata nama akan mencetuskan persetujuan antara penentu dan kata adjektif. Dengan kata lain, gender kata nama dengan penentu determiners dan kata adjektif mesti sepadan. Dalam beberapa keadaan, gender digambarkan berdasarkan kategori leksikal, sebagai contoh kata nama merujuk kepada orang atau binatang, kata nama ini akan dikategorikan sama ada maskulin atau feminin (Konishi, 1993). El ninó "budak lelaki itu" dan la niña 'budak perempuan itu". 'El' merujuk kepada artikel pasti (definite article) yang hadir bersama dengan kata nama maskulin dan "la" untuk kata nama feminin. Bagi bentuk jamak pulak artikel los dan las digunakan untuk kata nama jamak maskulin dan feminin. Sebagai contoh dalam ayat los niños " budak-budak lelaki itu" dan las niñas " budak-budak perempuan itu".
Dalam keadaan lain pula, iaitu kata nama merujuk kepada objek tidak hidup, penggunaan morfem akhiran 'o' seperti el libro 'buku itu', el cuadro' gambar itu', el cuarto 'bilik itu', el telefono 'telefon itu' dan lain-lain ditetapkan sebagai maskulin dan perkataan dengan akhiran 'a' pula dikategori dalam feminin seperti la casa 'rumah itu', la mesa ' meja itu', la ventana ' tingkap itu' dan lain lain. Perbezaan antara kategori yang menunjukkan gender dalam BS, boleh dilihat dari segi penggunaan artikel el, la, los,las pada kata nama. Misalnya, la casa (feminin) yang bermakna ‘rumah itu’, el libro (maskulin) yang bermakna ‘buku itu’ (Mariyati, 2015). Terdapat 99.7% kata nama yang berakhir dengan 'o' adalah maskulin, 99.2% kata nama dengan akhiran 'r' dan 'l' juga dikategorikan maskulin dan 98.9% kata nama yang berakhir dengan 'a' serta 100% kata nama dengan akhiran '-ion' dan '-dad' adalah feminin. (Dawson, et al, 2004). Peratus ini menunjukkan ada pengecualian bagi perkataan lain seperti el lapiz 'pensil itu' dan la vez 'masa itu' yang berakhir dengan -z tetapi boleh tergolong dalam gender maskulin dan feminin. Begitu juga dengan perkataan el cafe 'kopi itu' dan la clase 'kelas itu'. Perkataan yang berasal dari Yunani seperti el problema 'masalah itu' dan perkataan lain seperti el tema 'tema itu' , el dia ' hari itu', el sistema 'sistem itu' berakhir dengan 'a' tetapi ianya menggunakan artikel kata nama maskulin. Manakala perkataan seperti la mano 'tangan itu'. la foto 'foto itu, la moto 'moto itu' berakhir dengan 'o' adalah feminin. Dalam kes seterusnya perkataan seperti 'agua' iaitu air yang dikategorikan sebagai feminin namun apabila ia digunakan dengan artikel 'la' ianya adalah salah atas sebab fonologi dan menjadi 'el agua' dan bukan 'la agua'. Hal ini menambah kekeliruan kepada para pelajar dan pelajar sering kali melakukan kesilapan dalam menggunakan gender gramatikal ini (Martinez, 2010).
Manakala dari aspek sintaksis pula, ayat yang menggunakan adjektif sebagai penerang kata nama seperti El niño es pequeño bermaksud ‘budak lelaki itu kecil’merujuk kepada kata nama bergender natural iaitu maskulin. Tetapi sekiranya kata adjektif yang digunakan merupakan kata nama feminin, ayat yang terhasil seperti berikut La niña es pequeña. Niña adalah ‘budak perempuan’yang merupakan gender natural feminin, dan kata adjektif feminin pequeña digunakan. Morfem infleksi 'o' harus diubah kepada 'a'. Mengikut tatabahasa bahasa Melayu (BM), kata adjektif ‘kecil’ yang digunakan dalam ayat tidak dipengaruhi oleh gender ‘subjek’yang dirujuk. Hal ini kerana kata adjektif dalam BM tidak mempunyai penggolongan jantina seperti BS, dan kata adjektif ini bebas digunakan tanpa perlu mengalami perubahan bentuk perkataan (Mariyati, 2015). Kata adjektif ‘kecil’digunakan untuk menerangkan kata nama bernyawa juga digunakan pada objek tidak bernyawa seperti ‘rumah itu kecil’. Jadual 1 menunjukkan perbezaan bentuk kata adjektif berdasarkan gender natural dan gramatikal dalam BS dan BM.
Bentuk Kata Adjektif Berdasarkan Gender natural
dan gender gramatikal dalam BS dan Bahasa Melayu (BM)
BS (objek bernyawa)
|
BM
|
Bentuk
tunggal (Maskulin)
|
Bentuk
Tunggal (Maskulin)
|
El
niño es pequeño
‘budak
lelaki itu adalah kecil’
|
Budak lelaki
itu adalah kecil
|
Bentuk
tunggal (Feminin)
|
Bentuk
Tunggal (Feminin)
|
La
niña es pequeña
‘budak
perempuan itu adalah kecil’
|
Budak
perempuan itu adalah kecil
|
BS (objek tidak bernyawa)
|
BM
|
Bentuk
tunggal (Maskulin)
|
Bentuk
Tunggal (Maskulin)
|
El
libro es pequeño
‘buku itu
adalah kecil’
|
buku itu
adalah kecil
|
Bentuk
tunggal (Feminin)
|
Bentuk
Tunggal (Feminin)
|
La
casa es pequeña
‘rumah itu
adalah kecil’
|
rumah itu
adalah kecil
|
Kekeliruan timbul dalam kalangan pelajar untuk memahami sistem gender gramatikal dalam BS apabila pelajar tidak dapat memadankan kata adjektif yang sesuai dengan gender kata nama. Hal ini menyebabkan ayat yang dihasilkan tidak gramatis dan tidak tepat. Adjektif dengan morfem infleksi seperti 'o' dan 'a' digunakan untuk menerangkan kata nama seperti 'la casa pequeña' 'rumah itu kecil' dan 'el libro es pequeño' buku itu kecil' harus ditukar bagi membezakan gender kata nama. Pelajar BS mempunyai bahasa pertama yang tidak mempunyai sistem gender gramatikal menganggap pemberian gender kepada semua pengubah kata dalam ayat sebagai berlebihan dan boleh mengakibatkan kesilapan (Martinez, 2010). Dalam BS juga, wujud bentuk kata adjektif yang tidak perlu diubah bagi menerangkan kata nama (bernyawa dan tidak bernyawa). Contoh ayat adalah seperti berikut:
Bentuk Kata Adjektif Yang Tidak Berubah Dari Segi Gender natural dan
gramatikal
Item
|
Maskulin
|
Feminin
|
1.
|
Él es grande
Dia(lelaki) ialah seorang yang besar
|
Ella es grande
Dia(perempuan)
ialah seorang yang besar
|
2.
|
El coche es
grande
kereta itu adalah
besar
|
La casa es grande
rumah itu adalah besar
|
Objek yang boleh dilihat dalam gambar di atas : Objek hidup dan tidak hidup
yang mempunyai gender sama ada gender natural ataupun gender gramatikal.
Sebagai contoh :
Objek bernyawa
El padre/ (ayah) el esposo (suami),
La madre (ibu) / la esposa (isteri)
Las hijas (anak-anak perempuan)
las hermanas (adik beradik perempuan)
Objek tidak bernyawa
El reloj (jam tangan) , la
blusa (baju/blouse) , la silla (kerusi), el pañuelo
(tudung) , la pulsera (gelang), las manos (tangan), los vaqueros/pantalones (seluar).
Un/una/unos/unas juga merupakan artikel yang digunakan dengan kata nama. Di dalam bahasa Melayu artikel ini boleh dirujuk sebagai penjodoh bilangan dan dalam bahasa Inggeris artikel ini diterjemahkan sebagai artikel tidak pasti (indefinite articles) a or an. Gambar di atas menujukkan penggunaan artikel tidak pasti. un untuk merujuk kepada kata nama maskulin tunggal dan una digunakan bersama dengan kata nama feminin tunggal. Manakala unos digunakan untuk kata nama maskulin jamak dan unas juga untuk kata nama feminin jamak. Una taza bermaksud sebuah cawan dan unas tazas beberapa buah cawan. Un libro - sebuah buku dan unos libros bermaksud beberapa buah buku. Taza ialah kata nama feminin dan libro ialah kata nama maskulin.
Un/una/unos/unas juga merupakan artikel yang digunakan dengan kata nama. Di dalam bahasa Melayu artikel ini boleh dirujuk sebagai penjodoh bilangan dan dalam bahasa Inggeris artikel ini diterjemahkan sebagai artikel tidak pasti (indefinite articles) a or an. Gambar di atas menujukkan penggunaan artikel tidak pasti. un untuk merujuk kepada kata nama maskulin tunggal dan una digunakan bersama dengan kata nama feminin tunggal. Manakala unos digunakan untuk kata nama maskulin jamak dan unas juga untuk kata nama feminin jamak. Una taza bermaksud sebuah cawan dan unas tazas beberapa buah cawan. Un libro - sebuah buku dan unos libros bermaksud beberapa buah buku. Taza ialah kata nama feminin dan libro ialah kata nama maskulin.
Strategi
Dalam menangani masalah pembelajaran gender gramatikal ini, saya ingin menyenaraikan beberapa strategi untuk membantu pelajar mengenali kata nama dalam BS samada ianya maskulin atau feminin.
1.
Bagi objek bernyawa seperti manusia dan binatang, kata nama yang berakhir
dengan 'o' adalah maskulin. Terdapat 99.7% kata
nama yang berakhir dengan 'o' adalah maskulin.
Contoh: el chico (budak lelaki
itu) el gato (kucing jantan itu)
2. Bagi objek
bernyawa seperti manusia dan binatang, kata nama yang berakhir dengan 'a'
adalah feminin. Terdapat 98.9% kata nama yang berakhir dengan 'a' adalah
feminin.
Contoh: la chica (budak
perempuan itu), la gata (kucing betina itu)
3. Berhati-hati dengan
perangkap gender. Perkataan yang berasosiasi dengan lelaki/jantan atau
perempuan/betina tidak semestinya maskulin atau feminin.
Sebagai contoh: la
corbata (tali leher) adalah feminin dan el maquillaje (alat solek) adalah
maskulin.
4. Apabila kata nama jamak
iaitu campuran antara maskulin dan feminin dirujuk, kata nama maskulin akan
digunakan tidak kira dalam kumpulan campuran itu feminin lebih mendominasi.
Contoh:Un niño (seorang budak lelaki) + tres niñas (tiga orang budak perempuan)
= cuatro niños ( empat orang budak).
5. Kata nama maskulin yang
berakhir dengan konsonan (bukan vokal) untuk pekerjaan mempunyai kata nama
feminin yang berakhir dengan morfem 'a'.
Contoh: el profesor (pensyarah
lelaki) - la profesora (pensyarah perempuan)
el señor ( Encik
itu) - la señorita (cik itu) atau la señora (puan itu).
Contoh : el piloto ( juruterbang lelaki itu) - la piloto ( juruterbang perempuan itu).
7. Akhiran khusus merujuk kepada perkataan yang berakhir dengan morfem berikut -sión, - ción, -dad, -tud dan -umbre adalah 100% kata nama feminin.
7. Akhiran khusus merujuk kepada perkataan yang berakhir dengan morfem berikut -sión, - ción, -dad, -tud dan -umbre adalah 100% kata nama feminin.
Contoh : la televisión
(televisyen itu) , la habitación (bilik itu) , la ciudad (bandar itu) , la
juventud (zaman remaja itu), la costumbre (kebiasaan itu).
8. Kata nama yang berakhir
dengan -ma memerlukan artikel maskulin.
contoh: el problema (masalah
itu), el sistema (sistem itu), el tema (tema itu), el enigma (orang atau
sesuatu yang sukar difahami itu).
9. Kata nama pengecualian
merujuk kepada kata nama yang berakhir dengan 'a' adalah maskulin dan kata nama
yang berakhir dengan'o' adalah feminin.
Contoh : el dia (hari itu), el
mapa (peta itu), el planeta (Planet itu)la mano (tangan
itu), la radio (radio itu) la foto (foto itu)
Contoh : la vez (masa itu), el lapiz (pensil itu), la clase
kelas itu), el café (kopi itu)
dan lain-lain.
11. Apabila menghasilkan ayat menggunakan gender gramatikal, pelajar harus peka terhadap kesemua atribusi pada kata nama, kata sifat dan artikel termasuk juga kata ganti diri. Begitu juga apabila kata nama tersebut dalam bentuk jamak. Setiap atribusi harus dijamakkan.
11. Apabila menghasilkan ayat menggunakan gender gramatikal, pelajar harus peka terhadap kesemua atribusi pada kata nama, kata sifat dan artikel termasuk juga kata ganti diri. Begitu juga apabila kata nama tersebut dalam bentuk jamak. Setiap atribusi harus dijamakkan.
Contoh : la casa es grande y
bonita (Rumah itu besar dan cantik) -
las casas son grandes y bonitas (Rumah-rumah itu besar dan cantik).
las casas son grandes y bonitas (Rumah-rumah itu besar dan cantik).
Saya berharap penjelasan ini
dapat membantu tenaga pengajar yang mengajar bahasa Sepanyol untuk merancang pengajaran dengan
teliti agar gender gramatikal lebih mudah dikuasai pelajar dan membantu
meminimumkan kesilapan yang dilakukan pelajar apabila menggunakannya dalam
menstruktur ayat bahasa Sepanyol dan seterusnya membantu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Sepanyol di Malaysia.
Semoga info ini bermanfaat untuk semua!!!!