Festival Bahasa dan Budaya 2023 ( 6 dan 7hb Disember 2023) Alhamdulillah, Terima kasih Duta Sepanyol kerana hadir memeriahkan majlis. Terima Kasih terima jemputan kami. Terima kasih Staf FBK UPSI. Second time incharge spanish Koir.. daripada persembahan biasa jadi persembahan pembukaan untuk majlis penutup. All the students are really awesome!!!! Hampir setiap malam berlatih termasuk hari sabtu….Tahniah semua!!!! We did it.
Tuesday, 30 July 2024
Kata Kerja GUSTAR
GUSTAR
Kata
kerja GUSTAR (TO LIKE) digunakan untuk nyatakan kesukaan (preferences)
terhadap sesuatu/seseorang. Perkataan dasar bagi kata kerja ini ialah Gustar. Kata kerja Gustar mesti digunakan dengan kata ganti nama objek tidak langsung iaitu (me, te, le, nos, os dan les). Jom kita mengkonjugasikan kata kerja Gustar dan lihat penggunaannya di dalam
ayat.
VERBO GUSTAR :
PRESENTE
Indirect object pronouns |
Gustar
|
Ejemplo
|
(A
mi ) me
|
|
Me gusta comer laksa -" saya suka makan laksa"
|
( A ti ) te
|
|
¿ Te gustan los chocolates? - " awak suka coklat?
|
(A él
/ ella / Usted) le
|
Gusta
|
Ella le gusta cocinar - " dia (perempuan suka memasak".
|
(A nosotros
/as) nos
|
Gustan
|
Nos gustan las flores -" kami suka bunga".
|
(A vosotros
/as) os
|
|
¿ Os gusta vivir en Malasia? -" kamu suka tinggal di Malaysia"?.
|
(A ellos
/ ellas / usd) les
|
|
Ellos les gusta salir con los
amigos - " Mereka suka keluar dengan rakan-rakan".
|
Kata kerja gusta (bentuk tunggal) digunakan apabila kamu ingin menyatakan kesukaan kamu terhadap sesuatu (kata nama seperti benda, tempat, orang dan sebagainya dalam bentuk tunggal) atau perbuatan seperti makan, minum, kerja, baca, menonton, berjalan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kalau kamu menyukai sesuatu objek, orang, tempat, benda dalam bentuk jamak, kata kerja gustan (jamak) di gunakan.
Sebagai contoh :
Me gusta estudiar (saya suka belajar )- perbuatan
Me gusta pasta ( saya suka pasta ) makanan - tunggal
Me gustan los chocolates (Saya suka coklat- jamak).
Me gustan las flores ( saya suka bunga bungaan - jamak).
Si, me gustan. Ya, saya suka.
¿ Qué te gusta hacer? - " awak suka buat apa?
Me gusta viajar y salir con la familia. Saya suka melancong dan keluar dengan keluarga.
Tahap kesukaan kamu terhadap sesuatu boleh jadi berbeza. Berikut merupakan frasa tahap kesukaan kamu terhadap seseorang atau sesuatu. Kamu boleh menggunakan frasa-frasa ini.
Sekarang buat latihan kata kerja Gustar di dalam google form di link berikut : https://forms.gle/LDN5ay4ob67r7u92A
¿ Qué te gusta hacer? - " awak suka buat apa? ¿ Qué no te gusta hacer? Awak tak suka buat apa?
Jawab di ruangan komen di bawah.