Hari Buku Sedunia 2019
Semalam 23hb April merupakan hari buku sedunia. Sambutan diadakan di Aula Cervantes dengan dihadiri oleh Duta-duta negara yang menuturkan bahasa Sepanyol sebagai bahasa ibunda, Pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar dari pelbagai institusi. Aktiviti yang diadakan antaranya membaca buku "El Quijote de la Mancha" sebuah buku yang sangat popular di Spain. Pembacaan yang berlaku adalah serentak di semua Aula Cervantes seluruh dunia. UPSI menerima jemputan untuk tahun ini dan saya diberi peluang untuk membaca satu teks daripada buku tersebut. Seusai membaca semua pembaca diberi mawar merah yang cantik sebagai penghargaan. Dalam majlis itu juga, buku komik kartun "kampung boy" karya Datuk Lat juga diperkenalkan dalam bahasa Sepanyol dan dibuka untuk dibeli oleh semua yang berminat.
 |
las tapas |
 |
Students yang hadir |
 |
membaca teks dari buku El Quijote |
 |
Dapat ros selesai membaca |
 |
Duta-duta besar negara-negara yang menuturkan Spanish sebagai bahasa Ibunda |