Jom belajar bahasa Sepanyol (Vamos a aprender español)

Wednesday, 24 April 2019

Hari Buku Sedunia 2019

Semalam 23hb April merupakan hari buku sedunia. Sambutan diadakan di Aula Cervantes dengan dihadiri oleh Duta-duta negara yang menuturkan bahasa Sepanyol sebagai bahasa ibunda, Pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar dari pelbagai institusi. Aktiviti yang diadakan antaranya membaca buku "El Quijote de la Mancha" sebuah buku yang sangat popular di Spain. Pembacaan yang berlaku adalah serentak di semua Aula Cervantes seluruh dunia. UPSI menerima jemputan untuk tahun ini dan saya diberi peluang untuk membaca satu teks daripada buku tersebut. Seusai membaca semua pembaca diberi mawar merah yang cantik sebagai penghargaan. Dalam majlis itu juga, buku komik kartun "kampung boy" karya Datuk Lat juga diperkenalkan dalam bahasa Sepanyol dan dibuka untuk dibeli oleh semua yang berminat. 

las tapas





Students yang hadir


membaca teks dari buku El Quijote

Dapat ros selesai membaca

Duta-duta besar negara-negara yang menuturkan Spanish sebagai bahasa Ibunda










Share:

Wednesday, 9 January 2019

Sketsa Pelajar BPK3112 ASAS KOMUNIKASI BAHASA SEPANYOL I



Sila klik link di bawah untuk lihat, dengar dan belajar



https://www.youtube.com/watch?v=oW0uFOrJefo



https://www.instagram.com/reel/C8fFBdJotrx/?igsh=bXFsZnJ2ajczbmsy

https://drive.google.com/file/d/16uk5MghTQ4W-6VyT1qKEGjbi6kK0a8ys/view

https://www.youtube.com/watch?v=UM77NNVHBn8


Share:

Flamenco



Castanet
Flamenco

Flamenco adalah sebuah tarian yang berasal dari Sepanyol. Kesenian ini berkembang di Andalusia sejak abad ke-14. Pada saat ini, kesenian Flamenco dipentaskan di panggung dengan iringan permainan gitar dan kastanyet pada pesta-pesta rakyat. Persembahan Flamenco mendapat penghargaan sebagai Warisan Budaya Dunia UNESCO pada 16 November 2010 di Nairobi, Kenya.
 
Tarian ini terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu permainan gitar, alunan lagu dan seni tarian.
Malah Flamenco juga dikatakan berasal dari wilayah selatan Sepanyol, tapi dipengaruhi banyak komponen gerak tari dari negara lain termasuk Amerika Tengah, Latin dan Timur Tengah.
Kandungan lagu dalam pertunjukan ini dinamakan cante, iaitu nyanyian yang dialunkan dengan diiringi gitar dan tarian dalam 3 buah kategori.
  • cante jondo atau cante grande (besar, agung) yang berciri khas sedih dan berhubungan dengan tema-tema kematian, kesakitan dan keagamaan untuk mengungkapkan kesedihan dan penderitaan
  • cante intermedio (pertengahan), memasukkan unsur-unsur yang mengharukan.
  • cante chico (kecil), pertunjukkan dengan tema, cinta, kegembiraan dan kehidupan desa.
Pertunjukan atau persembahan
Beberapa penari menggunakan kastanyet untuk menambah kepelbagaian muzik, namun ada juga penari yang tidak menggunakan alat muzik tersebut karena dianggap dapat mengurangi keindahan tarian. Penari Flamenco mempersembahkan tarian dengan gerakan penuh semangat untuk menciptakan pertunjukan yang bertenaga dan menarik. Mereka mengenakan pakaian berwarna terang seperti merah dan menari secara solo, berpasangan atau berkumpulan. Persembahan tarian meliputi gerakan kaki yang cepat, gerakan tangan yang gemalai menepuk tangan, dan jentikan jari. Persembahan Flamenco merangkumi aktiviti menyanyi, menari dan memainkan alat muzik. Menyanyi dinamakan cante flamenco dan bermain gitar dinamakan toque flamenco. Kadang-kadang tarian ditarikan tanpa alat muzik.

Gerakan-gerakan khas tarian Flamenco diperlihatkan dengan menjunjung tinggi lengan dan menyimpulkan tangan (filigrano), melengkungkan punggung dan menggerakkan kaki mengikut rentak (zapateado). Lagu dan tarian diiringi oleh selingan palmadas ringan (tepuk tangan) dan pitas (jentikkan jari). 

Para penari seringkali menari dengan penuh semangat dan penuh emosi. Penari lelaki menari dengan penampilan yang maskulin, sedangkan wanita menari dengan keadaan yang tenang, bangga, dan dengan keadaan penuh semangat.

Pada abad ke-20, Flamenco dikembangkan dari bentuk tarian rakyat secara individu menjadi bentuk seni teater oleh para penari seperti Pastora Imperio, La Argentina, Argentinita, Vicente Escudero, Carmen Armayo dan sebagainya.

Share:

Search This Blog

Powered by Blogger.

Es muy importante aprender una lengua extranjera


Something to ponder

Amor eterno es el de Dios para ti y Dios me ama y eso es suficiente para mi

Contact me

Mariyati Haji Mohd Nor
Pusat Bahasa dan Pengajian Umum
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim
emel: mariyati@pbmpu.upsi.edu.my

Spanish semudah ABC bersama Doctora Mariyati