El Verbo Tener
Hari ini kita akan belajar kata kerja yang seterusnya iaitu TENER. Kata kerja ini berakhir dengan "ER" dan bermaksud mempunyai/ada dalam bahasa Melayu dan To have dalam bahasa Inggeris. Penggunaan kata kerja ini sama dengan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, ada satu penggunaan kata kerja ini yang berlainan daripada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Jom kita lihat dulu konjugasi kata kerja Tener sebelum kita lihat penggunaanya.
Sila klik link ini untuk melihat video penggunaan kata kerja TENER
https://www.powtoon.com/m/dyTIv5cgTIX/1/m
1. Usia
Tengo 18 años
Saya berumur 18 tahun
Ella tiene 20 años
Dia (perempuan) berumur 20 tahun
2. Nyatakan hak milik/kepunyaan/mempunyai
Tengo una casa bonita
Saya mempunyai sebuah rumah yang cantik
Tenemos un coche bonito
Saya mempunyai sebuah kereta yang cantik.
¿ Tienes novio?
Awak ada teman lelaki?
Si, tengo novio
Ya, saya ada seorang teman lelaki.
3. Nasihat/kemestian
Tengo que ir ahora
Saya mesti pergi sekarang
Tienen que comer
Mereka mesti makan
Tengo miedo
Saya berasa takut
Tengo dolor de cabeza
Saya berasa sakit kepala
5. Expresi
Tengo hambre
Saya berasa lapar
Tengo sueño
Saya berasa mengantok
Tengo frio
Saya berasa sejuk
Tengo prisa
Saya hendak cepat
Tengo razon
Saya ada/mempunyai alasan
Tengo suerte
Saya mempunyai tuah
Latihan 1
Latihan el verbo tener dalam google form. Sila klik link ini Latihan El Verbo Tener untuk menjawab soalan atau anda boleh mencuba latihan di bawah ini
latihan 2
Sekarang baca petikan di bawah dan tulis jawapan dalam ruangan komen dengan kata kerja tener yang bersesuaian. Sila konjugasikan kata kerja tersebut dahulu dan isikan tempat kosong dengan kata yang betul dan tepat. Selepas itu, ceritakan serba sedikit tentang diri awak dalam satu perenggan menggunakan kata kerja tener. Selamat mencuba.
Selamat mencuba!!!!
Hai, Saya Qisya, Saya berasal dari Malaysia. Saya ialah pelajar bahasa Sepanyol. Sekarang saya berada di Valladolid, Sepanyol. Saya berusia 20 tahun. Saya mempunyai/ada sebuah keluarga yang bahagia. Ayah saya ialah seorang ahli perniagaan. Dia ialah seorang lelaki yang sangat baik. Dia berumur 50 tahun. Ibu saya bernama Maria. Dia ialah seorang suri rumah tangga. Dia adalah seorang perempuan yang sangat penyayang dan sangat baik hati. Dia berumur 45 tahun. Kami mempunyai rumah yang sangat cantik dan besar. Selain itu, kami juga mempunyai beberapa ekor kucing. Di Sepanyol, saya mempunyai ramai kawan-kawan. Mereka adalah sangat baik. Saya mempunyai seorang kawan baik. Nama dia Amira. Amira berasal dari Malaysia juga. Saya adalah bujang tetapi Amira sudah berkahwin. Dia mempunyai seorang anak perempuan. Anak dia adalah cantik. Suami dia adalah orang Sepanyol. Sebagai seorang pelajar , saya tidak mempunyai banyak duit. Saya mesti berjalan ke kelas. Sekarang, saya berasa lapar dan dahaga tetapi saya ada kelas. Saya berasa takut sekiranya sampai lambat ke kelas. Pensyarah saya adalah sangat serius. Jumpa lagi nanti. |
Selamat mencuba!!!!