Jom belajar bahasa Sepanyol (Vamos a aprender español)

Tuesday, 4 December 2018

Kata kerja dalam bahasa Sepanyol (Los Verbos)

Buenas Tardes a todos!, Hari ini kita akan belajar mengenai kata kerja dalam bahasa Sepanyol. Dalam Bahasa Sepanyol, terdapat tiga kumpulan kata kerja,iaitu kata kerja dengan akhiran -ar, -er dan -ir. Kata-kata kerja ini harus dikonjugasikan mengikut pelaku yang akan melakukan perbuatan atau pekerjaan yang hendak dilakukan.

Konjugasi Pertama (-ar) - hablar(bercakap) estudiar (belajar), trabajar (bekerja), nadar (berenang), montar (menunggang), comprar (membeli), escuchar (mendengar), cantar (menyanyi), bailar (menari) dan sebagainya.

Konjugasi kedua ( -er ) - comer (makan), beber (minum), leer (membaca), ver (melihat), comprender (memahami),vender (menjual), aprender (mempelajari), correr (berlari) dan sebagainya

Konjugasi ketiga (- ir) - vivir (tinggal), escribir (menulis), recibir (menerima), abrir (membuka), subir (menaiki), cubrir (menutupi) dan sebagainya.

Konjugasi kata kerja bagi ketiga-tiga akhiran adalah seperti berikut:Image diambil daripada woodwardspanish.com

 https://i.pinimg.com/originals/2d/11/b4/2d11b4fee6ab42e7bda1129daa596e24.jpg

Yo estudio español en la universidad -Saya belajar bahasa Sepanyol di universiti

Ella come arroz en el restaurante. - Dia makan nasi di restoran

Mis padres viven en Taiping. - Ibu bapa saya tinggal di Taiping

¿Qué estudias?  Estudio español en UPSI. Awak belajar apa?  Saya belajar bahasa Sepanyol di UPSI

¿Dónde comes? Como en el restaurante. - Di mana awak makan? saya makan di restoran

¿Dónde vives? Vivo en la residencia estudiantil. - Di mana awak tinggal? Saya tinggal di Kolej Kediaman.

Penjelasan tentang penggunaan kata kerja kala kini boleh dilihat dalam link di bawah ini:

https://www.youtube.com/watch?v=DryqNZagTCo&rel=0

Lihat gambar di bawah untuk kegunaan kata kerja dalam ayat.



Latihan 1 : Klik link ini Los Verbos Regulares  dan link ini kata kerja vivir untuk menjawab soalan atau ada boleh cuba menjawab latihhan 2 di bawah 

Latihan 2
Sila cari 12 kata kerja yang berakhir dengan -ar, er dan ir dalam sopa de letras di bawah dan senaraikan kata kerja yang dijumpai di dalam ruangan komen. Sila bina 3 ayat yang lengkap menggunakan mana-mana kata kerja yang terdapat di dalam sopa de letras. Selamat mencuba!!!





Share:

Monday, 12 November 2018

El Verbo Tener


El Verbo Tener

Hari ini kita akan belajar kata kerja yang seterusnya iaitu TENER. Kata kerja ini berakhir dengan "ER" dan bermaksud mempunyai/ada dalam bahasa Melayu dan To have dalam bahasa Inggeris. Penggunaan kata kerja ini sama dengan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, ada satu penggunaan kata kerja ini yang berlainan daripada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Jom kita lihat dulu konjugasi kata kerja Tener sebelum kita lihat penggunaanya.








Sila klik link ini untuk melihat video penggunaan kata kerja TENER
https://www.powtoon.com/m/dyTIv5cgTIX/1/m
Kata kerja Tener digunakan untuk menyatakan : 

 1. Usia
Tengo 18 años 
Saya berumur 18 tahun

Ella tiene 20 años
Dia (perempuan) berumur 20 tahun

2.  Nyatakan hak milik/kepunyaan/mempunyai
Tengo una casa bonita
Saya mempunyai sebuah rumah yang cantik

Tenemos un coche bonito
Saya mempunyai sebuah kereta yang cantik.

¿ Tienes  novio?
Awak ada teman lelaki?
Si, tengo novio
Ya, saya ada seorang teman lelaki.

3. Nasihat/kemestian
Tengo que ir ahora
Saya mesti pergi sekarang

Tienen que comer
Mereka mesti makan


4. Keadaan perasaan atau kesihatan seseorang/sesuatu.
Tengo miedo 
Saya berasa takut

Tengo dolor de cabeza
Saya berasa sakit kepala

5. Expresi 
Tengo hambre
Saya berasa lapar  

Tengo sueño
 Saya berasa mengantok

Tengo frio
Saya berasa sejuk

Tengo prisa
Saya hendak cepat

Tengo razon
                                     Saya ada/mempunyai alasan 

Tengo suerte
Saya mempunyai tuah



Latihan 1

Latihan el verbo tener dalam google form. Sila klik link ini Latihan El Verbo Tener untuk menjawab soalan atau anda boleh mencuba latihan di bawah ini 


latihan 2
Sekarang baca petikan di bawah dan tulis jawapan dalam ruangan komen dengan kata kerja tener yang bersesuaian. Sila konjugasikan kata kerja tersebut dahulu dan isikan tempat kosong dengan kata yang betul dan tepat. Selepas itu,  ceritakan serba sedikit tentang diri awak dalam satu perenggan menggunakan kata kerja tener. Selamat mencuba.








Hai, Saya Qisya, Saya berasal dari Malaysia. Saya ialah pelajar bahasa Sepanyol. Sekarang saya berada di Valladolid, Sepanyol. Saya berusia 20 tahun. Saya mempunyai/ada sebuah keluarga yang bahagia. Ayah saya ialah seorang ahli perniagaan. Dia ialah seorang lelaki yang sangat baik. Dia berumur 50 tahun. Ibu saya bernama Maria. Dia ialah seorang suri rumah tangga. Dia adalah seorang perempuan yang sangat penyayang dan sangat baik hati. Dia berumur 45 tahun. Kami mempunyai rumah yang sangat cantik dan besar. Selain itu, kami juga mempunyai beberapa ekor kucing. Di Sepanyol, saya mempunyai ramai kawan-kawan. Mereka adalah sangat baik. Saya mempunyai seorang kawan baik. Nama dia Amira. Amira berasal dari Malaysia juga. Saya adalah bujang tetapi Amira sudah berkahwin. Dia mempunyai seorang anak perempuan. Anak dia adalah cantik. Suami dia adalah orang Sepanyol. Sebagai seorang pelajar , saya tidak mempunyai banyak duit. Saya mesti berjalan ke kelas. Sekarang, saya berasa lapar dan dahaga tetapi saya ada kelas. Saya berasa takut sekiranya sampai lambat ke kelas. Pensyarah saya adalah sangat serius. Jumpa lagi nanti.


 Selamat mencuba!!!!
 





Share:

Search This Blog

Powered by Blogger.

Es muy importante aprender una lengua extranjera


Something to ponder

Amor eterno es el de Dios para ti y Dios me ama y eso es suficiente para mi

Contact me

Mariyati Haji Mohd Nor
Pusat Bahasa dan Pengajian Umum
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim
emel: mariyati@pbmpu.upsi.edu.my

Spanish semudah ABC bersama Doctora Mariyati